Zarah Oh-My-God ialah satu
sinar kosmik dengan tenaga ultra tinggi (paling berkemungkinan satu
proton) yang dikesan pada petang 15 Oktober 1991 di ruang udara
Dugway Proving Ground,
Utah. Penemuannya merupakan satu kejutan kepada ahli
astrofizik. Mereka menganggarkan jumlah tenaga yang dimiliki oleh
zarah ini ialah kira-kira 3 × 1020
eV (50
J), ataupun lebih kurang jumlah
tenaga kinetik sebiji bola besbol seberat 5
auns (142
g) yang bergerak pada kelajuan 60 batu/jam (100 km/h), dimuatkan di dalam satu zarah subatomik.Partikel ini bergerak sangat hampir dengan
kelajuan cahaya. Jika dianggap bahawa zarah ini sebuah proton, kelajuannya hanya 1.5 femtometer (1 per 1
quadrilion daripada semeter) per saat kurang daripada kelajuan cahaya, atau kira-kira 0.9999999999999999999999951 c. Pada kelajuan ini, jika zarah ini berlumba dengan cahaya selama setahun, zarah ini hanya akan ketinggalan sejauh 46 nanometer atau 0.15 femtosaat (1.5 × 10−16 s).Jumlah tenaga yang dimiliki oleh zarah ini ialah kira-kira 40 juta kali jumlah tenaga proton tertinggi yang dihasilkan oleh mana-mana
pemecut zarah di Bumi. Namun, hanya sebahagian kecil jumlah tenaga ini boleh digunakan untuk bertindak balas dengan mana-mana proton atau
neutron di Bumi, dan kebanyakan tenaganya yang lain akan dikekalkan dalam bentuk tenaga kinetik hasil tindak balas ini. Jumlah tenaga yang boleh digunakan dalam interaksi ialah punca kuasa dua bagi hasil ganda dua tenaga zarah dan tenaga jisim. Bagi jisim ini, jumlahnya bersamaan dengan 7.5 × 1014 eV, atau kira-kira 50 kali jumlah tenaga pelanggaran
Large Hadron Collider.Sejak penemuan pertama oleh
Fly's Eye Cosmic Ray Detector oleh
University of Utah, sekurang-kurangnya 15 kejadian yang sama telah dicatatkan, mengesahkan fenomena ini. Zarah sinar kosmik dengan tenaga ultra tinggi ini adalah sangat jarang; jumlah tenaga kebanyakan zarah sinar kosmik adalah di antara 10 MeV dan 20 GeV.